The Summit 7 - Virtus.Pro Kekal Gelaran Juara



Pasukan Virtus.Pro mengekalkan gelaran juara Dota Summit selepas menewaskan pasukan Secret pada perlawanan akhir The Summit 7. Kejohanan yang berlangsung di Los Angeles itu menawarkan hadiah berjumlah $100,000 dolar.



Pasukan Virtus.Pro mara ke kejohanan akhir selepas menewaskan pasukan NP dan LGD di lower bracket manakala pasukan Secret mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan pasukan LGD dan Navi di upper bracket.

Perlawan akhir yang dipertandingkan didalam format terbaik dari 5 siri itu memperlihatkan persaingan sengit antara kedua dua pasukan sehingga memaksa kelima lima siri dimainkan. Namun begitu, Virtus.Pro berjaya memenangi siri kelima sekaligus mengekalkan gelaran juara mereka bat kali kedua berturut turut.

Virtus.Pro juga memperlihatkan kekuatan pasukan mereka apabila memilih lima hero unik bagi setiap perlawanan mereka kecuali perlawanan terkahir mereka. Mereka memainkan 81 daripada 112 hero yang boleh dimainkan pada mod Captain Dota 2.
Dikuasakan oleh Blogger.