SK Gaming Juarai Dreamhack Summer 2017



SK Gaming muncul juara kejohanan Dreamhack Summer 2017 selepas menewaskan pasukan Fnatic pada perlawanan akhir kejohanan itu. SK Gaming akan membawa pulang hadiah wang sebanyak $50,000 dolar pada kejohanan yang berlangsung di  Jönköping, Sweden itu.

Pada perlawanan akhir itu, permainan dimulakan dengan peta Inferno dimana pasukan SK Gaming berjaya menguasai siri tersebut dengan keputusan akhir 16-8. Namun begitu, pasukan Fnatic bangkit di peta kedua iaitu, peta Overpass dan berjaya memenangi siri tersebut dengan keputusan 16-4. Pasukan SK Gaming mengesahkan kejuaraan mereka selepas memenangi peta ketiga iaitu Mirage dengan keputusan 16-8.

Dengan kemenangan itu, pasukan SK Gaming akan membawa pulang $50,000 dolar manakala pasukan Fnatic akan membawa pulang $20,000 sebagai pemenang tempat kedua. Pemenang tempat ketiga/empat pula ialah pasukan Immortals/CounterLogic Gaming yang akan membawa pulang wang sebanyak $10,000 dolar.
Dikuasakan oleh Blogger.