Newbee Juarai Zotac Cup Master 2017

Wykrhm


Pasukan Newbee muncul juara kejohanan Zotac Cup Master 2017 selepas menewaskan pasukan NP dengan keputusan 3-1. Kejohanan yang berlangsung di Nangang Exhibition Center bersama sama dengan acara Computex 2017 itu dianjurkan oleh Zotac bersama sama dengan ESL dan Battlefy.

Pasukan Newbee mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan pasukan Fnatic pada peringkat separuh akhir. Pasukan NP pula mara selepas menewaskan pasukan IG.Vitality. Sebagai juara kejohanan, pasukan Newbee akan menbawa pulang hadiah wang sebanyak $50,000 USD manakala pasukan NP akan menerima wang sebanyak $20,000.
Dikuasakan oleh Blogger.