Kempen Dota 2 : Siltbreaker Act 1 - The Sands of Fate Kini Boleh Dimainkan



Siltbreaker merupakan sebuah mod permainan kempen khas untuk pemain yang mempunyai Battle Pass The International 2017. Siltbreaker merupakan sebuah mod permainan multi-pemain yang memerlukan sekurang kurangnya empat pemain. Permainan ini akan memberikan pemain XP points bagi Battle Pass yang membolehkan pemain memperoleh hadiah hadiah khas.



Siltbreaker terbahagi kepada dua iaitu, The Sands of Fate dan A Vault in the Deep. The Sands of Fate akan membawakan pemain untuk menjelajah dunia Dark Rift bagi mencari Rhyzik the Corruptor. Dalam misi mencari dan menewaskan Rhyzik, pemain akan bertarung di zon zon khas yang menawarkan bintang yang diberikan bergantung dengan prestasi anda. Pemain juga berpeluang untuk mendapatkan kurier khas Desert Sands Baby Roshan setiap kali menerima Siltbreaker Treasure.


Dikuasakan oleh Blogger.