Juara Dunia 3 Kali, Bengi Umum Berehat Dari Dunia Kompetitif League of Legends

Garena


Pemain League of Legends bagi pasukan Vici Gaming, Bae "Bengi" Seong-woong mengumumkan bahawa beliau akan berehat dari dunia kompetitif League of Legends. Pemgumuman itu dibuat menerusi sesi temuramah bersama dengan Fomos.

Bengi merupakan salah satu daripada dua pemain yang pernah merangkul kejuaraan World Championship sebanyak tiga kali bersama sama Faker ketika mereka bermain bersama sama dengan pasukan SK T1. Bengi telah menyertai pasukan Vici Gaming pada penghujung World CHampionship 2016 bersama sama dengan rakan sepasukan di SK T1 iaitu Lee "Easyhoon" Ji-hoon dan Lee "PoohManDu" Jeong-hyeon.

Walaupun mempunyai barisan pemain yang cukup ternama, pasukan itu gagal menyerlah dan gagal memenangi sebarang kejuaraan dan menyebabkan pasukan itu juga telah jatuh ke liga kedua LPL.
Dikuasakan oleh Blogger.