ESL Buka Pejabat Di Singapura - Mahu Anjur Dua Lagi Kejohanan Dota Di SEA Pada Tahun 2018



ESL mengumumkan pembukaan sebuah cawangan pejabat bertempat di Singapura. Langkah ini dilakukan bagi mengembangkan sayap mereka ke salah sebuah kubu kuat esukan didunia. ESL juga mahu menjadi platform penduduk Asia Tenggara bagi menganjurkan dan menyertai kejohanan di rantau ini.

Pejabat baru ini akan diketuai oleh Sebastian Radu yang akan menguruskan segala operasi ESL di rantau ini. ESL sebelum ini telah menganjurkan dua buah kejohanan Dota 2 di rantau Asia Tenggara iaitu ESL One Manila 2016 dan ESL One Genting 2017. ESL menyatakan bahawa mereka berhasrat untuk menganjurkan dua buah lagi kejohanan Dota 2 pada tahun 2018 kelak.

Sumber : ESL
Dikuasakan oleh Blogger.