E3 - EA Perkenal Story Mode pada Madden18 - The Long Shot



EA memulakan persembahan mereka di E3 2017 dengan memperkenalkan mod permainan baharu pada permainan Madden 18 iaitu Story Mode. Mod permainan itu akan membawakan pemain untuk merasai kehidupan seorang atlet profesional bagi sukan American Football.



The Long Shot akan memaparkan kehidupan Devin Wade, seorang bekas pemain lima bintang semasa di sekolah tinggi, yang sedang mencuba untuk memasuki dunia sukan NFL sebagai seorang quarterback. Mod permainan ini akan merangkumi kehidupan Wade semasa bermain di padang dan juga kehidupan peribadinya.

Pemain akan menentukan keputusan hidup Wade sama ada beliau akan berjaya menjadi pemain profesional di NFL atau tidak. MAdden 18 akan tiba untuk dimainkkan pada  25 Ogos kelak.


Dikuasakan oleh Blogger.