Dapatkan XP 2X Ganda Hujung Minggu Ini - Blizzard Umum Acara Khas Untuk Overwatch



Blizzard hari ini mengumumkan sebuah acara khas bagi pemain permainan Overwatch serata dunia. Blizzard mengumumkan bahawa permainan itu akan memberikan pemain bonus XP tambahan pada hujung minggu ini. Kesemua pemain yang log masuk kepermainan itu bermula 8 a.m,  9 Jun sehingga 3 a.m, 13 Jun 2017 akan diberikan 2 kali gandaan XP dari biasa.

Gandaan XP ini meliputi hampir kesemua  jenis mod permainan didalam Overwatch kecuali XP daripada kemenangan pertama setiap hari yang berjumlah 1,500 XP. Acara ini akan meliputi kesemua platform yang disokong Overwatch iaitu Xbox One, PC dan Playstation 4.


Dikuasakan oleh Blogger.