18 Pasukan Yang Akan Merebut Aegis of The Champions di TI7

LGD menjadi pasukan terakhir mengesahkan tempat di kejohanan paling berprestij dalam dunia esukan Dota 2, The International selepas menewaskan pasukan  Ehome.Keen pada perlawanan akhir (lower bracket) pusingan kelayakan bagi rantau China.



Kejohanan The International 2017 akan menjadi acara pertama dalam sejarah TI dimana tiada juara bertahan hadir untuk mempertahankan gelaran mereka. Kesemua bekas pemain WIngs Gaming, juara TI6 gagal melayakkan diri ke kejohanan kali ini. Selain daripada Wings Gaming, pasukan yang memperoleh tempat kedua pada kejohanan TI6, Planet Odd (Bekas pemain Digital Chaos) juga gagal melayakkan diri ke kejohanan kali ini.

Kejohanan The International 2017 ini akan berlangsung pada 7 sehingga 12 Julai ini bertempat di KeyArena, Seattle. Jumlah terkumpul hadiah bagi kejohanan kali ini hampir mencecah 20 Juta dolar pada ketika ini dan sedang meningkat.


Dikuasakan oleh Blogger.