Zotac Cup Masters - Hari Kedua



Hari kedua kejohanan Zotac Cup Masters berakhir dengan tersingkirnya dua buah pasukan iaitu pasukan Singularity dan WarriorGaming.Unity. Pasukan Singularity tewas kepada pasukan Danish Bears dengan keputusan akhir 2-1 manakala pasukan WarrioirGaming.Unity tewas 2-0 kepada pasukan Digital Chaos.

Pasukan Digital Chaos akan mara ke peringkat suku akhir untuk bertemu dengan pasukan IG.V dan pemenang bagi perlawanan tersebut akan menyertai pasukan NP di peringkat separuh akhir. Pasukan Danish Bears pula akan kembali bertemu dengan pasukan Fnatic untuk menentukan slot perlawanan bersama sama dengan pasukan Newbee.


Liquidpedia
 
Dikuasakan oleh Blogger.