Thunderbird Melayakkan Diri Ke Epicenter Dota 2 2017



Pasukan Thunderbird hari ini berjaya melayakkan diri ke kejohanan Dota 2 - Epicenter Moscow 2017 selepas menewaskan pasukan NP. Pada pusingan akhir peringkat kelayakan rantau Amerika itu, pasukan Thunderbird menunjukkan penguasaan penuh dengan memenangi kedua dua siri malam menamatkan siri kedua kurang dari 30 minit.

Thunderbird menjadi pasukan kedua melayakkan diri ke Epicenter selepas Lgd.Forever Young. Kedua pasukan itu akan menyertai OG, Evil Geniuses, Virtus.Pro, Invictus Gaming dan Team Liquid yang dijemput secara terus ke kejohanan tersebut. Epicenter 2017 akan berlangsung di VTB Ice Palace, Moscow pada 4 sehingga 11 Jun kelak.



Dikuasakan oleh Blogger.