The Manila Masters - Hari Pertama



Hari pertama kejohanan The Manila Masters bermula dengan perlawanan antara pasukan OG dan pasukan NP yang berakhir dengan kemenangan pada memihak kepada pasukan OG. Dalam perlawanan tiga siri itu, pasukan OG berjaya menguasai siri pertama dengan mudah setelah berjaya menamatkannya dalam masa kurang 36 minit. Namun begitu, Pasukan NP bangkit pada siri kedua sebelum pasukan OG memastikan mereka mara ke pusingan seterusnya pada siri ketiga.

Pada masa yang sama, dua buah paskan lagi juga bersaing untuk menuju ke pusingan seterusnya iaitu pasukan Secret dan pasukan Newbee. Newbee berjaya menghantar Secret ke lower bracket untuk bertemu dengan Pasukan NP setelah menewaskan mereka dengan keputusan akhir 2-1. 

Pada siri seterusnya  antara pasukan OG dan Newbee, pasukan Newbee dengan mudah menjinakkan pasukan OG dengan menewaskan mereka pada kedua dua siri yang dimainkan. Pasukan Newbee akan mara ke pusingan seterusnya di upper bracket manakala pasukan OG akan bertemu dengan pemenang siri antara NP dan Secret di lower bracket.

Pasukan yang mewakili negara Filipina, Clutch Gamers pula bertemu dengan pasukan Invictus Gaming pada perlawanan di kumpulan kedua. Clutch Gamers bermula baik dengan memenangi siri pertama namun Invictus Gaming menunjukkan penguasaan mereka dengan memenangi kedua dua siri seterusnya. 

Cltuch Gamers akan bertemu dengan pasukan Faceless di lower bracket setelah pasukan tu tewas kepada pasukan Evil Geniuses pada satu lagi perlawanan yang berakhir dengan keputusan 2-1 memihak kepada pasukan Evil Geniuses. Evil Geniuses kemudiannya mara ke final selepas menewaskan pasukan Invictus Gaming pada perlawanan separuh akhir upper bracket dengan keputusan 2-1.





Dikuasakan oleh Blogger.