Subaru Invitational 2017 - Cloud9 Juara



Cloud9 meneruskan penguasaan mereka pada kejohanan dalam talian mereka selepas berjaya menumpaskan pasukan SK Gaming pada perlawanan akhir kejohanan Subaru Invitational 2017. Kejohanan CSGO atas talian yang dianjurkan oleh CEVO itu menawarkan hadiah sebanyak $10,000 dolar kepada pemenang tempat pertama.

Pada perlawanan akhir itu, pasukan Cloud9 memilih untuk mengecualikan(banned) peta Overpass manakala pasukan SK Gaming memilih peta Nuke. Siri pertama pula dimainkan pada peta Cobble dimana CLoud9 berjaya memenangi peta tersebut dengan skor 16 berbalas 12. Peta kedua pula dimainkan pada peta Train yang berakhir dengan keputusan 16-14 memihak kepada pasukan Cloud9 sekaligus mengesahkan kejuaraan mereka pada kejohanan tersebut.


Dikuasakan oleh Blogger.