Post-Kiev Shuffle - Ah Jit Sertai Fnatic



Fnatic hari ini mengumumkan bahawa Lai "Ahjit" Jay Son telah menyertai pasukan itu bagi mengantikan Meracle di posisi Carry. Fnatic sebelum ini menyatakan bahawa tiada perubahan akan dilakukan pada pasukan itu, namun prestasi mereka yang merudum nampaknya memaksa mereka untuk melakukan perubahan. Fnatic gagal melayakkan diri ke beberapa kejohanan sejak pasukan itu menerima ahli baharu April lalu.

Ah Jit sebelum ini bermain bagi pasukan WarriorGaming.Unity sebelum meninggalkan pasukan itu bersama sama dengan Ah Fu yang telah menyertai LGD.Forever Young. Fnatic memaklumkan juga bahawa Meracle akan kekal bersama sama dengan organisasi itu dan akan menjadi pemain simpanan.



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.