Pemain Vexed Bantah Keputusan Organisasi Ambil Ahli Baru Yang Telah Digantung Valve



Vexed baru baru ini mengumumkan bahawa mereka akan mengambil  KQLY sebagai ahli baru bagi pasukan CSGO mereka. Hovik “KQLY” Tovmassian, merupakan bekas pemain bagi pasukan Titan yang telah dihalang dari menyertai apa apa kejohanan yang dianjurkan oleh Valve akibat daripada penggunaan aplikasi 'cheat'. Tindakan KQLY ini juga menyebabkan terbubarnya organisasi Titan dari dunia esukan.

Tindakan Vexed mengambil KQLY sebagai ahli baru menerima bantahan dari ahli pasukan sedia ada Steve “Jarod” Cohen dan Léonard “SmyLi” Michelin yang mengumumkan bahawa mereka tidak akan bermain dengan KQLY. Beberapa pemain profesional yang lain turut mengeluarkan pandangan mereka pada situasi tersebut.

Tindakan yang bijak daripada @Vexed_GG dan @KQLY_. Semoga berjaya mencari pemain dan sponsor yang mahu bekerjasama dengan anda di masa depan
Kevin “Ex6TenZ” Droolans

Dikuasakan oleh Blogger.