Overwatch Sudah Memperoleh Lebih 1 Bilion Dolar




Overwatch kini merupakan salah satu francais permainan Blizzard terpantas berkembang setelah mempunyai lebih 30 juta pemain kurang setahun ia dilancarkan. Overwatch yang dilancarkan pada Mei 2016 kini sudah memperoleh lebih 1 bilion dolar melalui jualan permainan tersebut dan item dalam permainan.

Blizzard turut mengumumkan keuntungan jualan item dalam permainan kini mencapai 25% dari tahun ke tahun melalui jualan item World of Warcraft dan Overwatch. Selain daripda itu, permainan berasaskan kad, Hearthstone turut berkembang setelah mempunyai lebih 70 juta pemain.


Dikuasakan oleh Blogger.