Mousesports - Pasukan ke-11 Dijemput Ke ESL ONE Cologne



Mousesports menjadi pasukan ke-11 dijemput untuk meneyrtai kejohanan CSGO ESL One Cologne 2017. Pasukan itu akan menyertai 10 lagi pasukan yang telah sama dijemput ke kejohanan tersebut iaitu Pyjamas, Natus Vincere, FNATIC, FaZe, Virtus.pro, G2 Esports, North, Cloud9, Immortals dan SK Gaming.

Mereka akan disertai oleh sebuah lagi pasukan jemputan yang belum diumumkan dan 4 pasukan lain melalui pusingan kelayakan. Kejohanan yang menawarkan jumlah hadiah sebanyak $250,000 dolar itu akan berlangsung di LANXESS Arena, Cologne, Germany pada 7 sehingga 9 Julai kelak.



Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.