LGD.Forever Young Melayakkan Diri Ke Epicenter 2017



LGD.Forever berjaya melayakkan diri ke Epicenter 2017 selepas menewaskan rakan se-organisasi mereka iaitu pasukan LGD. Pada peringkat akhir pusingan kelayakan rantau China itu, LGD.Forever Young menguasai siri pertama dengan kemenangan selesa setelah inflame dan Super menghadiahkan lebih 10 kills kepada pasukan mereka.

Namun begitu, pasukan LGD bangkit pada siri kedua setelah memilih Ember Spirit dan Medusa sebagai Carry bagi pasukan mereka. Mereka berjaya menundukkan LGD.Forever Young setelah hampir 36 minit perlawanan berlangsung.

LGD.Forever Young memastikan slot kelayakan ke Epicenter menjadi milik mereka pada siri ketiga perlawanan. Pasangan Terrorblade dan Lina berjaya menewaskan pasukan LGD dengan masing masing memperoleh 11 dan 9 kills. Epicenter Dota 22017 akan pada bulan Jun kelak bertempat di VTB Ice Palace, Moscow.


Dikuasakan oleh Blogger.