Invictus Gaming, Pasukan Ke-5 Dijemput Ke Epicenter



Invictus Gaming menjadi pasukan kelima dijemput ke kejohanan Dota 2, Epicenter. Kejohanan yang dianjurkan oleh Epic Esports Events itu akan diadakan di VTB Ice Hall, Moscow, Russia pada 9 - 11 Jun 2017. Kejohanan tersebut menawarkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak $500,000 USD.

Empat lagi pasukan yang telah menerima jemputan ke kejohanan ini adalah OG, Virtus.Pro, Team Liquid dan Evil Geniuses.





Dikuasakan oleh Blogger.