Fnatic Tersingkir Daripada Mars Dota 2 League 2017



Fnatic sekali lagi mengecewakan peminat mereka apabila tersingkir daripada pusingan kelayakan kejohanan Mars Dota 2 League 2017. Pasukan yang berpengkalan di Malaysia itu tewas kepada pasukan Clutch Gamers dengan skor 1-2. Dalam siri 3 perlawanan itu, pasukan Fnatic berjaya memenangi siri pertama, namun begitu pasukan Clutch Gamers membuktikan bahawa mereka merupakan sebuah pasukan yang wajar diambil berat di rantau Asia Tenggara selepas berjaya memenangi kedua siri seterusnya.

Clutch Gamers akan bertemu dengan pasukan Geek Fam yang tewas kepada pasukan Mineski pada perlawanan Winners Final semalam. Selepas tersingkir daripada kejohanan Epicenter semalam, Fnatic kini mempunyai tugas berat untuk membuktikan bahawa pasukan mereka boleh kembali menjadi pasukan terkuat di rantau Asia Tenggara ini.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.