CS:GO - Operation Hydra Diperkenalkan



Valve
hari ini memperkenalkan sebuah acara khas untuk permainan Counter Strike Global Offensive iaitu Opreation Hydra. Acara ini tersedia dengan pelbagai perkara menarik seperti mod permainan istimewa, peta tambahan serta kempen permainan Guardian.

Terdapat tiga permainan istimewa yang terdapat pada acara ini boleh dimainkan secara percuma iaitu War Games, Wingman, dan Weapons Expert. Ketiga tiga mod ini akan tesedia secara mingguan bergilir gilir. Permainan Wingman adalah mod permain 2 vs 2 manakala mod permianan Weapon Expert adalah mod permainan yang membenarkan anda membeli sesuatu jenis senjata hanya sekali bagi siri permainan itu. Mod War Games pula mempunyai pelbagai jenis misi seperti Heavy Assault Suit, Headshot Only, Hunters-Gatherers, Stab Stab Zap, The Flying Scoutsman dan Trigger Discipline.

Acara ini juga akan hadir dengan pass khas yang membenarkan anda menyertai mod permainan kempen Guardian, statistik khas diri anda sepanjang bermain acara ini dan hadiah hadiah khusus seperti penambahan xp, badge khas di profil dan kotak hadiah yang mempunyai senjata yang direka khas.

Maklumat lengkap acara ini boleh dibaca di blog rasmi Counter Strike. Acara ini akan berterusan selama 18 minggu sehingga bulan September kelak.


Dikuasakan oleh Blogger.