ACE Gantung Bekas Pemain Wings Gaming Seumur Hidup

Gosugamers


The Association for Chinese eSports (ACE) dikatakan telah mengantung kelima lima bekas pemain bagi pasukan Dota 2, Wings Gaming akibat daripada pelanggaran kontrak mereka sebelum bermulanya Kiev Major yang lalu. Penggantungan ini menyebabkan kelima lima pemain tidak dibenarkan menyertai mana mana kejohanan di China kecuali kejohanan yang dianjurkan oleh Valve.

Bekas pemain Wings Gaming dikatakan melanggar kontrak setelah meninggalkan pasukan itu akibat daripada beberapa masalah yang dihadapi organisasi itu selepas tamatnya The International 2016. Bekas pemenang tempat pertama TI6 itu dikatakan digantung bagi tempoh seumur hidup dan keputusan ini juga dikatakan menjadi punca mereka tidak menyertai mana mana pusingan kelayakan kebelakangan ini.

Keputusan ACE mengantung bekas juara TI6 ini mendapat bantahan ramai personaliti Dota 2 yang merasakan keputusan yang diambil ini adalah tidak adil bagi pihak pemain dan lebih menyebelahi kepada pemilik organisasi.


Dikuasakan oleh Blogger.