Dota 2 : Fnatic Melayakkan Diri Ke Zotac Cup




Pasukan Fnatic hari ini melayakkan diri untuk menyertai kejohanan Zotac Cup Masters yang akan berlangsung di Taiwan pada 30 Mei sehingga 03 Jun nanti. Pasukan Dota 2 itu melayakkan diri setelah menewaskan pasukan Cluth Gamers 2-0 pada pusingan akhir peringat kelayakan.




Zotac Masters akan menjadi kejohanan pertama pasukan Fnatic setelah penyertaan ahli baharu pada awal April yang lalu. Pasukan yang dibarisi oleh Meracle, Ohaiyo, QO, Febby dan DJ ini juga menewaskan pasukan Team Evos dan WarriorsGaming Youth sebelum melayakkan diri ke pusingan akhir peringkat kelayakan bersama sama dengan pasukan Cluth Gamers.

Dikuasakan oleh Blogger.